TUGASAN 2


BMK3033

KETERAMPILAN MEMBACA

BAHAN BANTUAN MENGAJAR UNTUK PENGAJARAN BACAAN

KUMPULAN KULIAH F


NAMA                                                                   NO MATRIK

CARNIA ENDAH BINTI TUPAIN                                             D20142069381
ILI DALILA BINTI MAT AMIN                                                 D20122062035
MARGARET ANNE AK UMIN                                                 D20142069280
SITI AISHAH BINTI SUNSUDIN                                              D20121058366
THRESA ANAK BANGAU                                                        D20142069266
YETTIE CLAUDIA KANG                                                         D20132065484



PENSYARAH

PROF. MADYA DR. DAHLIA BINTI JANAN



ISI KANDUNGAN

BIL
PERKARA
MUKA SURAT

1.0
PENGENALAN
1

2.0
BAHAN BANTU MENGAJAR
2


2.1 Definisi Bahan Bantu Mengajar



   2.1.1 Teknik Ulang dan Membaca Serentak



   2.1.2 Teknik Membaca Radio



2.2 Jenis Bahan Bantu Mengajar



2.3 Kebaikan Bahan Bantu Mengajar



2.4 Kelemahan Bahan Bantu Mengajar



2.5 Mengapa Bahan Bantu Mengajar


3.0
Manual Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
9


3.1 Set Kandungan Bahan Bantu Mengajar



3.2 Bahan Bantu Mengajar



3.3 Fungsi Alatan



3.4 Cara Penggunaan


4.0
Rumusan
14


Lampiran



Rujukan




1.0 PENGENALAN

Pada era  globalisasi ini, masyarakat dan negara telah banyak didedahkan dengan penggunaan teknologi moden dalam pelbagai bidang. Sejak tahun 60-an lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom telah menggunakan komputer dalam bidang pendidikan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam bidang pendidikan pada zaman ini perlu menguasai kemahiran teknologi komputer dan komunikasi agar dapat menghasilkan BBM. Menurut Giesert dan Futrell (1990), proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan komputer boleh digunakan dalam pelbagai tujuan dan teknik. Untuk mencapai objektif pembelajaran yang mantap, guru yang kreatif dan kritis boleh menggunakan komputer bagi menghasilkan BBM yang menarik.

Menurut Kamarul Azmi & Ab. Halim (2007), pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik serta efektif dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang interaktif. Guru yang kreatif dan inovatif perlu mempunyai persediaan daripada pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuk mengaitkan keseluruhan aspek di dalam penyampaian pengajarannya. Ia dilihat dari segi penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam sesi PdP mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan sebahagian daripada usaha guru dalam merangsang minat dan tumpuan murid  terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh murid (Rashidi & Abdul Razak, 1998).

Oleh itu, guru perlu bijak dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik. Kesan daripada itu proses pangajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan bahan bantu mengajar (BBM) akan lebih merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam pelajaran. Bahan bantu mengajar (BBM) ini juga dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah. Omardin Ashaari (1999), bahan bantu mengajar (BBM) ini boleh menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.




2.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

2.1 DEFINISI

Bahan bantu mengajar (BBM) terdiri daripada pelbagai jenis.  Kumpulan kami hanya memfokuskan dan menggunakan hanya 2 jenis BBM sahaja iaitu teknik ulang dan membaca serentak dan juga teknik membaca radio untuk pengajaran bacaan.

2.1.1 Teknik Ulang dan Membaca Serentak

Teknik Ulang dan membaca serentak ialah strategi yang membantu pelajar berlatih membaca dengan menggunakan ekspresi yang betul dan sangat berguna untuk membaca secara kelas. Teknik ini juga dikenali sebagai satu teknik yang menggalakkan pelajar-pelajar membaca perkataan atau ayat-ayat yang mudah secara berulang-ulangan sehingga pelajar mahir dengan bahan bacaan tersebut dan selepas itu bahan bacaan tersebut akan dibaca secara serentak dan bersama-sama secara kelas. Sousa (2005) menyatakan penggunaan teknik ini dapat meningkatkan kefasihan dalam membaca pelajar secara menyeluruh.

Terdapat dua langkah yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan teknik ulang dan membaca secara serentak ini iaitu:

a) Membangunkan kepekaan terhadap irama

Semua pelajar tidak mempunyai keupayaan membaca dengan irama yang betul. Oleh itu, guru perlu menunjukkan cara membaca teks yang berbeza dengan menggunakan irama yang berbeza untuk membantu pelajar memahami apa yang mereka baca seperti bahan-bahan puisi. Guru juga perlu melatih pembacaan lantang ini secara ansur maju dengan menggunakan teks yang pendek dan beransur ke teks yang lebih panjang. Dengan itu, guru perlu peka untuk memilih bahan yang dapat membantu pelajar pengalaman membaca bahan dengan ekspresi dan irama yang betul.

b) Pemilihan

Dalam teknik ulang dan membaca serentak, pemilihan merujuk kepda cara bahan yang digunakan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dibaca oleh pelajar dalam kelas. Terdapat lima cara digunakan untuk membahagikan kepada bahan-bahan yang boleh digunakan dalam teknik ulang dan membaca serentak iaitu:

a) Baris ulang- terdiri daripada puisi-puisi yang mengandungi bahagian korus yang boleh diulang-ulang baca oleh pelajar.
b) Dialog- terdiri daripada puisi yang mengandungi dialog yang berbentuk soal jawab.
c) Barisan koir- proses yang membolehkan tiga orangpelajar membaca secara berirama dalam bentuk koir.
d) Himpunan- proses yang membolehkan pelajar membaca sesuatu bahan dengan keadaan suara yang memuncak.
e) Pemaduan- proses terakhir yang menyatukan semua pelajar membaca setiap barisan bersama-sama.

2.1.2 Teknik Membaca Radio

Teknik membaca radio merupakan salah satu strategi dalam membaca bersuara mengikut kepentingannya yang tersendiri. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menyampaikan mesej menerusi pembacaan lisan dengan tepat.

Terdapat tiga langkah yang boleh dilaksanakan dalam menjalankan strategi ini iaitu,

Langkah 1- Guru menerangkan langkah-langkah teknik membaca radio kepada pelajar.
Pembaca memainkan peranan dalam teknik ini dengan membaca, manakala pendengar mendengar perkara yang disampaikan. Pembaca berperanan sebagai juruhebah radio untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan pendengar. Bahan bacaan yang akan disampaikan oleh pembaca dipilih oleh guru (juruhebah radio).

Langkah 2- Menyampaikan mesej
Seorang pembaca itu dibenarkan untuk menukar perkataan, memasukkan perkataan baru atau meninggalkan perkataan yang dirasakan tidak wajar ketika menyampaikan mesej bagi meningkatkan kejelasan maklumat yang ingin disampaikan. Guru memberikan panduan untuk membaca radio antaranya pelajar dimaklumkan sebarang perkataan yang tidak difahami harus digantikan dengan perkataan lain agar perkataan itu mudah difahami dan tidak menggangu pembacaan.

Langkah 3- Menyemak kefahaman
Pelajar yang menjadi pendengar mempunyai kawalan dan berhak ke atas rakan mereka yang menjadi pembaca. Seorang pendengar boleh mengarahkan pembaca membaca semula apa yang dibaca dan pembaca harus mengulangi perkara yang diminta.

2.2 JENIS-JENIS BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Terdapat tiga jenis bahan bantuan mengajar, iaitu;

i) Bahan media elektronik

Bahan media elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Penggunaan bahan media elektronik ini merupakan bahan bantuan mengajar yang paling popular dan sering digunakan untuk proses pengajaran. Contoh, internet, televisyen, computer, CD, pita video, radio, overhead projector (OHP), filem pelajaran, dan slaid.

ii) Bahan bukan media elektronik

Bahan bukan media elektronik merupakan bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru sebelum penggunaan bahan bantuan media elektronik. Bahan bantuan ini dikatakan paling berkesan dan mudah digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya. Sehingga sekarang, guru masih lagi mengekalkan penggunaan bahan bukan media elektronik di sekolah. Contoh, papan tulis, buku,kad imbasan, majalah,carta, gambar, surat khabar dan model. Bahan bantuan mengajar ini memerlukan pilihan warna yang menarik dan kreatif bagi menarik perhatian dan fokus pelajar semasa proses pengajaran.

iii) Bahan bercorak pengalaman

Bahan bercorak pengalaman memerlukan kerjasama yang aktif diantara guru dan pelajar. Bahan bantuan ini merupakan bahan bantuan mengajar yang menarik dan memerlukan penglibatan yang aktif bagi pelajar. Contoh, lakonan, drama, projek, pameran, lawatan dan permainan. Bahan ini secara tidak langsung akan membantu pelajar untuk memahami dengan lebih jelas lagi.

2.3 KEBAIKAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar. Bahan bantu mengajar merupakan instrument dalam membantu pemahaman para pelajar.
Alat bantu mengajar ini mempunyai kebaikan yang tersendiri. Pertama, bahan bantu mengajar dikatakan lebih membantu dalam merangsang dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina, 2010)

Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika alat bantu mengajar digunakan dengan teratut semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.

Akhir sekali ialah jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan ABM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.  

2.4 KELEMAHAN DALAM BAHAN BANTU MENGAJAR

Jika kita perhatikan, bahan bantu mengajar sememangnya tidak mempunyai kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama bahan bantu mengajar adalah untuk menutup sebahagian  kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada beberapa kajian yang dijalankan oleh pengkaji lepas, beberapa faktor yang menjadi masalah atau halangan pada penggunaan bahan sumber di dalam pengajaran dan pembelajaran telah dikenalpasti.  Menurut Rohrlick (1972), terdapat beberapa faktor utama yang menjadi kekangan kepada kelancaran penggunaan bahan bantu mengajar.

Faktor utama dalam kelemahan bahan bantu mengajar ialah masalah kekurangan guru pakar bagi sesuatu subjek yang diajar oleh guru. Kekurangan guru yang terlatih dalam menggunakan sumber menyebabkan sesuatu bahan bantu mengajar yang dihasilkan tidak dapat digunakan secara berkesan. Terdapat juga sebahagian guru yang kurang menguasai bahan atau alat bantuan mengajar di dalam kelas. Mereka tidak dapat mengaplikasikan alat atau bahan bantuan mengajar tersebut sebagai bahan pengajaran mereka. Malah, kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis bahan atau alat bantu mengajar yang sesuai menjadi halangan kepada masalah PdP guru tersebut. Hal ini menyebabkan murid kurang jelas dengan topik pembelajaran yang dirancang oleh guru mereka pada hari tersebut. Di samping itu, susunan bilik darjah yang tidak memuaskan, kekurangan bahan sebagai hiburan dan kekurangan masa belajar menyebabkan murid kurang memberi perhatian semasa di dalam kelas.

Di samping itu, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti oleh pengkaji sepanjang penghasilan bahan bantu mengajar ini. Antaranya ialah murid akan menggambarkan bahan maujud yang ditunjuk oleh guru sebagai objek sebenar.  Sebagai contoh replika buah epal yang dilihat mirip sebiji epal yang sebenar.  Bagi murid yang bermasalah pembelajaran, keupayaan mereka berimaginasi mungkin tidak sebaik murid tipikal. Hal ini memerlukan kepakaran seorang guru dalam menerangkan dengan lebih kreatif kepada murid bermasalah pembelajaran ini. Seterusnya, kos pembelian barang maujud.  Seorang guru perlu mengeluarkan bajet bagi membeli banyak barangan mengikut silibus yang ingin diajar di dalam kelas.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kelemahan bahan atau alat bantu mengajar yang dihadapi oleh guru dan murid di sekolah. Oleh itu, sebagai guru hendaklah sentiasa membaiki kelemahan yang terdapat dalam alat bantuan mengajar agar kelemahan yang dihadapi dapat diperbaiki dengan lebih baik. Untuk mengatasi segala kelemahan guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan. Selain itu, guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam menggunakan segala bahan atau alat bahan mengajar seperti kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia dan sebagainya serta perlulah dirancang dengan sistematik.

2.5 MENGAPA BAHAN BANTU MENGAJAR DIPERLUKAN

Dalam sistem pendidikan masa kini, penggunaan bahan dan media dalam pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi perkara penting yang mana ianya wajib digunakan setiap kali berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran merupakan alat bantu mengajar para guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam pengajaran, murid-murid menerima rangsangan daripada guru melalui pancainderanya. Oleh itu, sesuatu  yang dapat didengar dan dilihat adalah lebih baik dan berkesan daripada setakat mendengar sahaja dan sesuatu yang dapat dipegang, dilihat dan didengar adalah lebih berkesan daripada dilihat dan didengar sahaja.

Selain itu, penting juga bagi guru untuk menggunakan alat bantuan mengajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk menambahkan kelancaran pembelajaran, meningkatkan kefahaman serta meningkatkan perhubungan antara guru dengan pelajar. Penggunaan alat bantu mengajar dapat mempercepatkan proses pemahaman pelajar dan membolehkan guru dan pelajar mengadakan komunikasi yang baik. Isi pengajaran bahasa, iaitu mesej yang hendak disampaikan dapat disalurkan melalui lisan, alat bantu mengajar, dan penulisan.

Selain itu, Kamarudin Hj Husin (1988) telah merumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam sesuatu pengajaran mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya bahan bantu mengajar yang digunakan dapat memberi rangsangan dan mengekalkan minat murid. Bahan bantu mengajar yang berkualiti dan diselenggarakan dengan baik akan dapat meransangkan para pelajar untuk belajar. Para pelajar akan terangsang untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Disamping itu, bahan bantu mengajar yang baik juga akan dapat mengekalkan minat para pelajar untuk terus memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Seterusnya beliau menyatakan bahawa bahan bantu mengajar dapat menyediakan dasar yang kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran serta mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar-pelajar.

Penggunaan bahan sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan sokongan akan memberikan kesan peneguhan. Contohnya dengan melayari internet banyak maklumat yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak perlu dalam kalangan para pelajar. Mereka akan memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Melalui bahan bantu yang sesuai akan memberi peluang pelajar berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran.

Kepentingan bahan bantu mengajar bukan sekadar yang telah dinyatakan di aatas sahaja, malah ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan, membantu pemahaman dan perbendaharaan kata pelajar, mendorong pelajar menyiasat sesuatu isu atau perkara melalui peningkatan lagi aktiviti bacaan mereka dan dapat memberi pengalaman baru serta menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

3.0 MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

3.1 SET KANDUNGAN BBM

Penghasilan bahan bantu mengajar adalah bahan seperti yang berikut :
1. Papan dam
2. Dadu 
3. Penanda
4. Soalan
5. CD

3.2 BAHAN BANTU MENGAJAR







3.3 FUNGSI ALATAN

· Alatan ini dinamakan sebagai dadu.
· Dadu ini digunakan untuk melihat berapa pergerakan yang perlu dilakukan oleh sekumpulan murid dalam permainan yang akan dijalankan.





· Alatan ini dinamakan sebagai papan dam.
· Permainan ini akan dimulakan dengan nombor 1.
· Permainan akan diteruskan sehingga tamat.






· Alatan ini dinamakan sebagai  penanda.
· Penanda ini digunakan untuk menandakan kedudukan setiap kumpulan dalam permainan yang akan dijalankan.





· Gambar di bawah ini  merupakan  bentuk soalan yang perlu dijawab  dalam sekumpulan murid.
· Penanda  yang berhenti  di kedudukan bergambar pokok  di dalam papan dam  perlu menjawab
   soalan berdasarkan nombor yang terdapat pada belakang pokok tersebut.. 










· Alat ini dinamakan sampul soalan.
· Di dalam sampul ini terdapat soalan yang perlu dijawab oleh murid.
· Soalan ini mempunyai 6 soalan berdasarkan intonasi bacaan yang berbeza.








· Alat in dinamakan sebagai CD.
· CD ini akan digunakan selepas murid membaca soalan petikan yang diberikan.
· Di dalam CD ini merupakan contoh bentuk intonasi yang perlu dibaca oleh murid berdasarkan soalan petikan tersebut.



3.4 CARA PENGGUNAAN

1. Guru akan memulakan permainan dengan memberikan penanda kepada setiap kumpulan.
2. Wakil setiap kumpulan akan memusingkan dadu untuk melihat pergerakan yang perlu dilakukan di papan dam. 
3. Permainan akan dimulakan dengan nombor 1 dan seterusnya.
4. Kumpulan yang  berhenti di gambar pokok perlu menjawab soalan berdasarkan nombor di belakang pokok tersebut.
5. Murid perlu membuka sampul soalan untuk melihat bentuk soalan yang perlu dijawab oleh kumpulan mereka.
6. Selepas murid menjawab soalan, guru akan memasangkan CD untuk melihat sama ada intonasi yang digunakan oleh murid tersebut betul atau salah.
7. Permainan akan diteruskan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru.
8. Permainan ini boleh digunakan dalam semua mata pelajaran dengan mengubah bentuk soalan.
  
4.0 RUMUSAN
Bahan bantu mengajar (BBM) adalah merupakan elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pengajaran.

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif dalam kalangan pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokkan. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkata tersebut.

Keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar (BBM) kerana kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada pelajar. Selain itu, pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Ini kerana pelajar dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.


LAMPIRAN




















RUJUKAN

Bahan Bantu Mengajar (2016). Diperolehi pada November 13, 2016 daripada
http://kbk3033f3.blogspot.my/2016/05/kata-adjektif.html

Bahan Bantu Mengajar (2011). Diperolehi pada November 12, 2016 daripada

Bahan Bantu Mengajar (2016). Diperolehi pada November 11, 2016 daripada

Bahan Bantu Mengajar Diperlukan (2016). Diperolehi pada November 13, 2016 daripada

Giesert, P. & Futrell, M. (1990). Teachers, Computers And Curriculum. Boston: Pearson Allyn And Bacon.

Kamarul Azmi Jasmi Dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan  Islam : Kaedah Pengajaran  Dan  Pembelajaran. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Omardin Ashaari. (1999). Pembelajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib. (1998). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah Dan Strategi. Kajang : Masa Enterprise.

Rashidi Azizan Dan Abd. Razak Habib (1996) Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah Dan Strategi. Kajang: Masa Enterprise


Suppiah Nachiappian, Et. Al. (2009), Pembelajaran Dan Perkembangan Pelajar ,Shah Alam: Oxford            Fajar Sdn.Bhd.

No comments:

Post a Comment