TEKNIK

Teknik Ulang dan Membaca Serentak

Teknik Ulang dan membaca serentak ialah strategi yang membantu pelajar berlatih membaca dengan menggunakan ekspresi yang betul dan sangat berguna untuk membaca secara kelas. Teknik ini juga dikenali sebagai satu teknik yang menggalakkan pelajar-pelajar membaca perkataan atau ayat-ayat yang mudah secara berulang-ulangan sehingga pelajar mahir dengan bahan bacaan tersebut dan selepas itu bahan bacaan tersebut akan dibaca secara serentak dan bersama-sama secara kelas. Sousa (2005) menyatakan penggunaan teknik ini dapat meningkatkan kefasihan dalam membaca pelajar secara menyeluruh.

Terdapat dua langkah yang boleh dilaksanakan bagi menjayakan teknik ulang dan membaca secara serentak ini iaitu:

a) Membangunkan kepekaan terhadap irama

Semua pelajar tidak mempunyai keupayaan membaca dengan irama yang betul. Oleh itu, guru perlu menunjukkan cara membaca teks yang berbeza dengan menggunakan irama yang berbeza untuk membantu pelajar memahami apa yang mereka baca seperti bahan-bahan puisi. Guru juga perlu melatih pembacaan lantang ini secara ansur maju dengan menggunakan teks yang pendek dan beransur ke teks yang lebih panjang. Dengan itu, guru perlu peka untuk memilih bahan yang dapat membantu pelajar pengalaman membaca bahan dengan ekspresi dan irama yang betul.

b) Pemilihan

Dalam teknik ulang dan membaca serentak, pemilihan merujuk kepda cara bahan yang digunakan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dibaca oleh pelajar dalam kelas. Terdapat lima cara digunakan untuk membahagikan kepada bahan-bahan yang boleh digunakan dalam teknik ulang dan membaca serentak iaitu:

a) Baris ulang- terdiri daripada puisi-puisi yang mengandungi bahagian korus yang boleh diulang-ulang baca oleh pelajar.
b) Dialog- terdiri daripada puisi yang mengandungi dialog yang berbentuk soal jawab.
c) Barisan koir- proses yang membolehkan tiga orangpelajar membaca secara berirama dalam bentuk koir.
d) Himpunan- proses yang membolehkan pelajar membaca sesuatu bahan dengan keadaan suara yang memuncak.
e) Pemaduan- proses terakhir yang menyatukan semua pelajar membaca setiap barisan bersama-sama.

Teknik Membaca Radio

Teknik membaca radio merupakan salah satu strategi dalam membaca bersuara mengikut kepentingannya yang tersendiri. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menyampaikan mesej menerusi pembacaan lisan dengan tepat.
Terdapat empat langkah yang boleh dilaksanakan dalam menjalankan strategi ini iaitu,

Langkah 1- Guru menerangkan langkah-langkah teknik membaca radio kepada pelajar.
Pembaca memainkan peranan dalam teknik ini dengan membaca, manakala pendengar mendengar perkara yang disampaikan. Pembaca berperanan sebagai juruhebah radio untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan pendengar. Bahan bacaan yang akan disampaikan oleh pembaca dipilih oleh guru (juruhebah radio).

Langkah 2- Menyampaikan mesej
Seorang pembaca itu dibenarkan untuk menukar perkataan, memasukkan perkataan baru atau meninggalkan perkataan yang dirasakan tidak wajar ketika menyampaikan mesej bagi meningkatkan kejelasan maklumat yang ingin disampaikan. Guru memberikan panduan untuk membaca radio antaranya pelajar dimaklumkan sebarang perkataan yang tidak difahami harus digantikan dengan perkataan lain agar perkataan itu mudah difahami dan tidak menggangu pembacaan.

Langkah 3- Menyemak kefahaman
Pelajar yang menjadi pendengar mempunyai kawalan dan berhak ke atas rakan mereka yang menjadi pembaca. Seorang pendengar boleh mengarahkan pembaca membaca semula apa yang dibaca dan pembaca harus mengulangi perkara yang diminta.

No comments:

Post a Comment