JENIS-JENIS

Terdapat tiga jenis bahan bantuan mengajar, iaitu;

i) Bahan media elektronik

Bahan media elektronik merujuk kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Penggunaan bahan media elektronik ini merupakan bahan bantuan mengajar yang paling popular dan sering digunakan untuk proses pengajaran. Contoh, internet, televisyen, computer, CD, pita video, radio, overhead projector (OHP), filem pelajaran, dan slaid.

ii) Bahan bukan media elektronik

Bahan bukan media elektronik merupakan bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru sebelum penggunaan bahan bantuan media elektronik. Bahan bantuan ini dikatakan paling berkesan dan mudah digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya. Sehingga sekarang, guru masih lagi mengekalkan penggunaan bahan bukan media elektronik di sekolah. Contoh, papan tulis, buku,kad imbasan, majalah,carta, gambar, surat khabar dan model. Bahan bantuan mengajar ini memerlukan pilihan warna yang menarik dan kreatif bagi menarik perhatian dan fokus pelajar semasa proses pengajaran.

iii) Bahan bercorak pengalaman

Bahan bercorak pengalaman memerlukan kerjasama yang aktif diantara guru dan pelajar. Bahan bantuan ini merupakan bahan bantuan mengajar yang menarik dan memerlukan penglibatan yang aktif bagi pelajar. Contoh, lakonan, drama, projek, pameran, lawatan dan permainan. Bahan ini secara tidak langsung akan membantu pelajar untuk memahami dengan lebih jelas lagi.

No comments:

Post a Comment