KERTAS KERJA
KARNIVAL INOVASI DAN KREATIVITI BBM BACAAN
TARIKH
29 November 2016
TEMPAT
Tadahan Utara 5
ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Kumpulan F
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan tujuan berikut:
i. Untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan kewangan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi.
ii. Untuk mendapatkan kelulusan penggunaan dan peminjaman untuk mengadakan program ini.
iii. Untuk mendapatkan mata aktiviti pelajar “My Curriculum Activity Transcript” (MyCAT).
2.0 PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK3033 Keterampilan Membaca di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.
3.0 OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Tujuan pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.
4.0 HASIL PEMBELAJARAN
i. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
ii. Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif dan berinovasi.
5.0 KEMAHIRAN INSANIAH
i. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
ii. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
iii. Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
iv. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.
6.0 JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi. Seterusnya, dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai –nilai murni dalam diri peserta. Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.
7.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program : Karnival Inovasi dan Kreativiti BBM Bacaan
Tarikh : 29 November 2016
Hari : Selasa
Tempat : Tadahan Utara 5
8.0 KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 6 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Kumpulan F di bawah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
9.0 Tentatif Program
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 – 8.30 pagi
|
Persiapan setiap kumpulan
|
8.30 pagi
|
Ketibaan VIP
|
8.30 – 9.00 pagi
|
Ketibaan Tetamu
|
9.00 – 9.15 pagi
|
Nyanyian lagu Negaraku, Ibu Kandung Suluh Budiman dan bacaan doa
|
9.15 – 9.30 pagi
|
Ucapan penyelaras
|
9.30 – 9.45 pagi
|
Ucapan perasmian
|
9.45– 10.30 pagi
|
Lawatan VIP ke tapak pameran
|
10.30-11.30 pagi
|
Lawatan pemberian markah
|
11.30– 12.30 tengahhari
|
Lawatan tetamu lain
|
12.30– 1.00 petang
|
Bersurai
|
10.0 PERBELANJAAN
BARANG
|
HARGA
|
Kad Manila
|
RM 1.00
|
Kertas Warna
|
RM1.00
|
Kertas Pembalut Hadiah
|
RM 1.60
|
Kotak
|
RM 0.50
|
Salotep
|
RM 1.00
|
JUMLAH
|
RM 5.10
|
11.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM
Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Carnia Endah Binti Tupain
Setiausaha
Yettie Claudia Kang
Bendahari
Margaret Anne Ak Umin
AJK Pameran
Siti Aishah Binti Sunsudin
Thresa Anak Bangau
No comments:
Post a Comment