Menurut Noor Azlan dan Nurdalina (2010), bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar. Bahan bantu mengajar merupakan instrument dalam membantu pemahaman para pelajar.
Alat bantu mengajar ini mempunyai kebaikan yang tersendiri. Pertama, bahan bantu mengajar dikatakan lebih membantu dalam merangsang dunia pelajar untuk belajar. Penggunaan bahan bantu mengajar juga memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar juga dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Noor Azlan, Nurdalina, 2010)
Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika alat bantu mengajar digunakan dengan teratut semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.
Akhir sekali ialah jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan ABM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.
No comments:
Post a Comment