MANUAL PENGGUNAAN


SET KANDUNGAN BBM

1.  Penghasilan bahan bantu mengajar adalah bahan seperti yang berikut :
2.  Papan dam
3.  Dadu 
4.  Penanda
5.  Soalan
6.  CD

BAHAN BANTU MENGAJAR






FUNGSI ALATAN


  • Alatan ini dinamakan sebagai dadu.
  • Dadu ini digunakan untuk melihat berapa pergerakan yang perlu dilakukan oleh sekumpulan murid dalam permainan yang akan dijalankan.




  • Alatan ini dinamakan sebagai papan dam.
  • Permainan ini akan dimulakan dengan nombor 1.
  • Permainan akan diteruskan sehingga tamat.



  • Alatan ini dinamakan sebagai  penanda.
  • Penanda ini digunakan untuk menandakan kedudukan setiap kumpulan dalam permainan yang akan dijalankan.




  • Gambar di bawah ini  merupakan  bentuk soalan yang perlu dijawab  dalam sekumpulan murid.
  • Penanda  yang berhenti  di kedudukan bergambar pokok  di dalam papan dam  perlu menjawab soalan berdasarkan nombor yang terdapat pada belakang pokok tersebut.. 





  • Alat ini dinamakan sampul soalan.
  • Di dalam sampul ini terdapat soalan yang perlu dijawab oleh murid.
  • Soalan ini mempunyai 6 soalan berdasarkan intonasi bacaan yang berbeza.




  • Alat in dinamakan sebagai CD.
  • CD ini akan digunakan selepas murid membaca soalan petikan yang diberikan.
  • Di dalam CD ini merupakan contoh bentuk intonasi yang perlu dibaca oleh murid berdasarkan soalan petikan tersebut.




CARA PENGGUNAAN

  1. Guru akan memulakan permainan dengan memberikan penanda kepada setiap kumpulan.
  2. Wakil setiap kumpulan akan memusingkan dadu untuk melihat pergerakan yang perlu dilakukan di papan dam. 
  3. Permainan akan dimulakan dengan nombor 1 dan seterusnya.
  4. Kumpulan yang  berhenti di gambar pokok perlu menjawab soalan berdasarkan nombor di belakang pokok tersebut.
  5. Murid perlu membuka sampul soalan untuk melihat bentuk soalan yang perlu dijawab oleh kumpulan mereka.
  6. Selepas murid menjawab soalan, guru akan memasangkan CD untuk melihat sama ada intonasi yang digunakan oleh murid tersebut betul atau salah.
  7. Permainan akan diteruskan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru.
  8. Permainan ini boleh digunakan dalam semua mata pelajaran dengan mengubah bentuk soalan.



No comments:

Post a Comment