Pada era globalisasi ini, masyarakat dan negara telah banyak didedahkan dengan penggunaan teknologi moden dalam pelbagai bidang. Sejak tahun 60-an lagi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom telah menggunakan komputer dalam bidang pendidikan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam bidang pendidikan pada zaman ini perlu menguasai kemahiran teknologi komputer dan komunikasi agar dapat menghasilkan BBM. Menurut Giesert dan Futrell (1990), proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggunakan komputer boleh digunakan dalam pelbagai tujuan dan teknik. Untuk mencapai objektif pembelajaran yang mantap, guru yang kreatif dan kritis boleh menggunakan komputer bagi menghasilkan BBM yang menarik.
Menurut Kamarul Azmi & Ab. Halim (2007), pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik serta efektif dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang interaktif. Guru yang kreatif dan inovatif perlu mempunyai persediaan daripada pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) termasuk mengaitkan keseluruhan aspek di dalam penyampaian pengajarannya. Ia dilihat dari segi penghasilan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam sesi PdP mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan sebahagian daripada usaha guru dalam merangsang minat dan tumpuan murid terhadap pengajaran yang seterusnya menjamin pemerolehan pengetahuan dan kemahiran oleh murid (Rashidi & Abdul Razak, 1998).
Oleh itu, guru perlu bijak dalam menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik. Kesan daripada itu proses pangajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan bahan bantu mengajar (BBM) akan lebih merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam pelajaran. Bahan bantu mengajar (BBM) ini juga dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah. Omardin Ashaari (1999), bahan bantu mengajar (BBM) ini boleh menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.
No comments:
Post a Comment